Showing posts with label obesiti. Show all posts
Showing posts with label obesiti. Show all posts

Tuesday 25 February 2014

Antara langkah untuk untuk mengawal sakit gout

 1. Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber  haiwan.
2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
3. Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
5. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
6. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
7. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.

Monday 10 February 2014

TOXIN YANG TERKUMPUL DALAM BADAN ADALAH PUNCA UTAMA KEPADA PENYAKIT, BUKANNYA KUMAN.

TOXIN YANG TERKUMPUL DALAM BADAN ADALAH PUNCA UTAMA KEPADA PENYAKIT, BUKANNYA KUMAN.

Bakteria dan patogen hanya akan menjejaskan kesihatan kita jika terlalu banyak toksin di dalam tubuh kita. Hal itu menyebabkan badan lemah dan kurangnya daya tahan.

Walaupun setelah dicuci, dikupas dan dibuang bijinya, tidak semua racun dan bahan-bahan kimia dapat dihilangkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang bukan organik. (USDA, US Department of Agriculture).

Adalah dianggarkan bahawa setiap tahun terdapat 3.5 - 5.0 juta orang di seluruh dunia menderita akibat daripada pendedahan racun serangga yang berlebihan. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

Purata seorang rakyat Malaysia mempunyai antara 5 - 114 kali ganda racun makhluk perosak dalam darah berbanding seorang warga Amerika. (Persatuan Pengguna Penang, Malaysia)

Kredit: Primedicare.com

BEKAM DARAH (AL-HIJAMA): Satu cara rawatan yang dapat menyedut keluar toksin (racun), darah kotor, angin berlebihan & darah berpenyakit dari tubuh badan seseorang. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW; "Berbekamlah! Kerana padanya ada penyembuhan".

Tuesday 21 January 2014

Apa itu rawatan Prana Tenaga Elektrik?

Rawatan dengan menggunakan kaedah tenaga elektrik iaitu dengan cara memindahkan aliran elektrik dari sumber ke badan perawat (orang yang merawat). Setelah di lakukan pengolahan energi, aliran elektrik tadi digunakan untuk merawat pesakit dengan cara perawat menyentuh bahagian tertentu di badan pesakit.

Apakah perawat tidak terkena kejutan elektrik ?
Dengan kekuatan kalimah dari ayat-ayat Allah, tidak akan ada energi yang lebih besar dayanya dari energi ayat-ayat Allah dan perawat (orang yang merawat) tidak akan menghadapi masalah tersebut, InsyaAllah. Sewaktu perawat menyentuh bahagian tertentu pesakit sebenarnya kekuatan dari ayat-ayat Allah itu lah yang dialirkan masuk kebadan pesakit. Hanya dengan izin Allah jualah yang akan menyembuhkan penyakit yang di hadapi.


Monday 16 December 2013

BEKAM UNTUK MERAWAT OBESITI



Pesakit dianjurkan melakukan bekam darah 6cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah berat badan akan berkurangan.

OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Sangat dianjurkan bagi pesakit mengurangkan pengambilan menu ayam dan daging tetapi lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan