Wednesday 23 April 2014

Ambil peluang berbekam di bulan Rejab yang mulia.

Ambil peluang berbekam di bulan Rejab yang mulia.

Peristiwa Agung Bulan Rejab - Israk dan Mikraj - 27 Rejab - Bahagian 1

Marilah kita sama-sama memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menunggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. 

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu ialah:


1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


2. Tempat yang berbau harum.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.


11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.


13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu.


Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.


Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. 

Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
 

Wednesday 16 April 2014

Kesilapan jurubekam wanita menyebabkan pelanggan lumpuh.

Seorang pelanggan wanita - mengalami lumpuh setelah mendapat rawatan bekam di salah sebuah pusat bekam di shah alam. Jurubekam wanita itu tidak mengetahui selok belok bekam sepenuhnya, membekam pada tempat saraf yang tidak sepatutnya dan menyebabkan beliau lumpuh.

Sekarang beliau dalam proses mendapatkan terapi elektrik untuk menyembuhkan sakit lumpuh beliau. Kepada pelanggan yang ingin berbekam berhati2 lah. Pusat rawatan bekam banyak dibuka hari, ada yang betul2 nak merawat, di samping itu ada yang mengaut untung semata2. Kepada jurubekam tingkatkan ilmu yang ada, bukan fikir duit saja. Nasib baik tak disaman pelanggan tersebut, walaupun memang dah boleh saman.

Saturday 12 April 2014

bekam tanpa cukur kepala kini di pusat rawatan al ihsan

Sesiapa yg nk bekam tanpa cukur kepala kini ada disediakan di pusat rawatan kami.
 Tak perlu cukur rambut pun boleh bekam, call 013-3131091 utk appointment.

bekam muka untuk sakit resdung

Hari ini ada pelanggan yang nak bekam muka kerana sakit resdung. Ingatkan sakit, tapi tak rasa apa pun katanya. Moga2 sakit resdung beliau sembuh.

Wednesday 9 April 2014

Angin pening kepala je, apa kata pergi bekam?


Angin pening kepala je, apa kata pergi bekam? kat mana? Pusat rawatan al-ihsan, taman ehsan kepong, sebelah surau al-ehsan kepong.

Susah2 call je no ni 013-3131091 buat appointment. Tak payah pening kepala kang bertambah pening kepala lagi. Hidup ini perlu bertindak di luar kotak baru maju yer tak?


Tuesday 8 April 2014

Rezeki ? Yakin pada Allah sahaja.

Kadang2 ramai bertanya, pusat rawatan ni tak sampai setahun buka, iklan pun tak beriya mana pun. Update blog pun kalau rajin je, tapi apesal ada customer ye?

Senang je jawapannya " Yakin rezeki itu adalah daripada Allah . Niat dan bersyukur tu yang penting. Servis mesti bagi yang terbaik.

Ada orang, iklan beriya2 itu ini, fb itu ini, tak cukup tu pulak google ad le pulak. Tapi rezeki yang dapat asyik mengeluh tak cukup, sampai sudah tak akan cukup2. Dan rajin2lah sedekah. Mudah sahaja cara marketing kami".

Monday 7 April 2014

DIY - teh jintan manis untuk melegakan angin asid

Bagi yang selalu angin satu badan tu elok cuba resepi di bawah.
  
bahan2: jintan manis, cuka epal, madu & air.
 

Cara penyediaan teh jintan manis :-

  • masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
  • masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi.
  • rebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
  • setelah suam, tapis & tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima. - tambah madu untuk rasa masam-masam manis.
  • kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch & dinner).
  • jika u all rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan anda!!!)
  • cubalah secawan teh jintan manis hari ini. jika diamalkan berterusan, anda akan merasa fadhilat & kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dalam badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yag membersih darah, buah pinggang, paru-paru & limpa.

Mencari tempat bekam? Datanglah ke Pusat Rawatan Al Ihsan, kepong.

 Mencari tempat bekam? Datanglah ke Pusat Rawatan Al Ihsan, kepong. Call 013-3131091 untuk appointment.






Sunday 6 April 2014

Testimoni terapi elektrik: Sakit lumpuh boleh berjalan kembali.

Puan Zaharah bt. Long, 54 telah menderita lumpuh selama 3 tahun. Menjalani terapi elektrik selama 5 kali di pusat rawatan Al-Ikhsan. Sekarang sudah bpleh berjalan.

SAKIT HANYA SEBAGAI SIGNAL DARI ALLAH

Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.


Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.