Tuesday 21 January 2014

Apa itu rawatan Prana Tenaga Elektrik?

Rawatan dengan menggunakan kaedah tenaga elektrik iaitu dengan cara memindahkan aliran elektrik dari sumber ke badan perawat (orang yang merawat). Setelah di lakukan pengolahan energi, aliran elektrik tadi digunakan untuk merawat pesakit dengan cara perawat menyentuh bahagian tertentu di badan pesakit.

Apakah perawat tidak terkena kejutan elektrik ?
Dengan kekuatan kalimah dari ayat-ayat Allah, tidak akan ada energi yang lebih besar dayanya dari energi ayat-ayat Allah dan perawat (orang yang merawat) tidak akan menghadapi masalah tersebut, InsyaAllah. Sewaktu perawat menyentuh bahagian tertentu pesakit sebenarnya kekuatan dari ayat-ayat Allah itu lah yang dialirkan masuk kebadan pesakit. Hanya dengan izin Allah jualah yang akan menyembuhkan penyakit yang di hadapi.