Tuesday 25 February 2014

Antara langkah untuk untuk mengawal sakit gout

 1. Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber  haiwan.
2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
3. Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
5. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
6. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
7. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.