Thursday 27 February 2014

Produk terbaru: Minyak penawar kemuning hitam


1.      Penawar luka
2.      Pendinding dari saka, santau 
3.      Penolak sihir / ilmu hitam
4.      Penakut hantu / iblis syaitan
5.      Penawar racun dan gigitan binatang bias
6.      menguatkan tenaga batin
7.      Penawar mabuk  dan sakit perut
8.      Lain-Lain Penawar Penyakit : Demam panas, kencing manis, uluran, buasir, busung, batuk, lelah, cacing, sakit dalam mulut / tengkuk, mata kabur, terlekat uri, sakit pinggang, kembung perut, sakit sendi, kudis, jerawat, kebas anggota / lenguh urat, luka, melancar peredaran darah, mengatasi keputihan dan susah buang air.

Dapatkannya di Pusat Rawatan Al-Ihsan.

Tuesday 25 February 2014

Surah Yunus ayat 92

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Testimoni customer

Salam..maaf tuan..lambat bg testi...ni testi sy..

tmpt yg mudah nk cari..sebelah surau jer...en shukri bg guide mmg mudah walaupun 2-3 kali sy call semula..layanan yang terbaek..perkhidmatan yang cekap dan cermat dengan kerja yang teliti dan BERSIH....mmg RECOMENDED la...next time nak g bekam lagi....


gmsatria

Antara langkah untuk untuk mengawal sakit gout

 1. Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber  haiwan.
2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
3. Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
5. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
6. Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
7. Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.

Gambar pesakit ghout

Gambar pesakit ghout yang datang berbekam hari ini. Banyak asid urik yang telah dikeluarkan.






Monday 24 February 2014

Doa yang makbul

Doa-Doa Yang Makbul :
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-Tanda Doa Yang Makbul :
a. Terasa sesuatu yang menakutkan.
b. Menangis tatkala berdoa.
c. Terasa menggeletar.
Cara Berdoa :
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa"
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).

Thursday 20 February 2014

Rezeki itu datangnya dari Allah. Kenapa harus gusar? Berusahalah kerana Allah.

Rezeki itu datangnya dari Allah. Kenapa harus gusar? Berusahalah kerana Allah. Tak perlu risau kerana risau akan memakan nikmat kehidupan. Tak perlu iri dengan saingan kerana ia tak memberi apa-apa pun melainkan meletakkan syaitan di jiwa seterusnya menjuruskan kita ke arah yang tidak baik. Jadilah orang yang bersyukur dengan nikmat Tuhan. Jadilah manusia yang berkembang dengan ilmu dan rezeki yang halal bukannya berharap dengan huluran wang sedekah dan menagih simpati. Moga2 kita semua beroleh rahmat dariNya.