Salam..maaf tuan..lambat bg testi...ni testi sy..
tmpt yg mudah nk cari..sebelah surau jer...en shukri bg guide mmg mudah
walaupun 2-3 kali sy call semula..layanan yang terbaek..perkhidmatan
yang cekap dan cermat dengan kerja yang teliti dan BERSIH....mmg
RECOMENDED la...next time nak g bekam lagi....
gmsatria
Tuesday, 25 February 2014
Antara langkah untuk untuk mengawal sakit gout
1. Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan.
2. Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
3. Bagi individu yang
bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1
gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh
meningkatkan paras asid urik dalam darah.
4. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
5. Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
6. Ambil karbohidrat
kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan
buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang
diproses seperti roti putih dan kek.
7. Hadkan pengambilan
gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan
buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga
mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami
pertambahan berat badan.
Monday, 24 February 2014
Doa yang makbul
Doa-Doa Yang Makbul :
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-Tanda Doa Yang Makbul :
a. Terasa sesuatu yang menakutkan.
b. Menangis tatkala berdoa.
c. Terasa menggeletar.
Cara Berdoa :
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa
dia berdoa"
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang
halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang
baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa
tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w
& para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).
Thursday, 20 February 2014
Rezeki itu datangnya dari Allah. Kenapa harus gusar? Berusahalah kerana Allah.
Rezeki itu datangnya dari Allah. Kenapa harus gusar? Berusahalah kerana Allah. Tak perlu risau kerana risau akan memakan nikmat kehidupan. Tak perlu iri dengan saingan kerana ia tak memberi apa-apa pun melainkan meletakkan syaitan di jiwa seterusnya menjuruskan kita ke arah yang tidak baik. Jadilah orang yang bersyukur dengan nikmat Tuhan. Jadilah manusia yang berkembang dengan ilmu dan rezeki yang halal bukannya berharap dengan huluran wang sedekah dan menagih simpati. Moga2 kita semua beroleh rahmat dariNya.
Wednesday, 19 February 2014
Apakah kandungan darah bekam?
Darah bekam telah diperiksa dengan
mikroskop dan ditemukan adanya bentuk-bentuk sel darah merah yang luar
biasa, sebagai berikut;
1. Anisocytosis (perbezaan ukuran sel darah merah) di mana ditemukan banyak sekali sel yang membesar melebihi ukuran sel normal.
2. Poikilocytosis (perbezaan bentuk sel darah merah) di mana ditemukan sel-sel berbentuk kawat dan buah pir.
3. Hypochromia (kekurangan haemoglobin) iaitu kekurangan warna sel darah merah. Ini boleh disaksikan pada kes penderita anemia.
4. Target cells menunjukkan kekurangan haemoglobin dan gangguan mekanisme produksi darah.
5. Schisocytes (sel-sel darah pecah)
6. Acathocytes (sel-sel berduri)
7. Spherocytes (sel-sel darah merah berbentuk bola)
8. Teardrop cells (sel-sel darah merah yang berbentuk tetesan air mata)
1. Anisocytosis (perbezaan ukuran sel darah merah) di mana ditemukan banyak sekali sel yang membesar melebihi ukuran sel normal.
2. Poikilocytosis (perbezaan bentuk sel darah merah) di mana ditemukan sel-sel berbentuk kawat dan buah pir.
3. Hypochromia (kekurangan haemoglobin) iaitu kekurangan warna sel darah merah. Ini boleh disaksikan pada kes penderita anemia.
4. Target cells menunjukkan kekurangan haemoglobin dan gangguan mekanisme produksi darah.
5. Schisocytes (sel-sel darah pecah)
6. Acathocytes (sel-sel berduri)
7. Spherocytes (sel-sel darah merah berbentuk bola)
8. Teardrop cells (sel-sel darah merah yang berbentuk tetesan air mata)
Subscribe to:
Posts (Atom)