Showing posts with label sunnah. Show all posts
Showing posts with label sunnah. Show all posts

Sunday 16 March 2014

Testimoni customer lagi


"Memang betul bekam best dan tak sakit".  Abd, 24, Ahli sukan

Testimoni adik kepada pelanggan yang sebelumnya Abd Sia yang membawa adiknya berbekam. Memang dah cakap kan bekam di pusat rawatan kami tak sakit!


Wednesday 19 February 2014

Apakah kandungan darah bekam?

Darah bekam telah diperiksa dengan mikroskop dan ditemukan adanya bentuk-bentuk sel darah merah yang luar biasa, sebagai berikut;
1. Anisocytosis (perbezaan ukuran sel darah merah) di mana ditemukan banyak sekali sel yang membesar melebihi ukuran sel normal.
2. Poikilocytosis (perbezaan bentuk sel darah merah) di mana ditemukan sel-sel berbentuk kawat dan buah pir.
3. Hypochromia (kekurangan haemoglobin) iaitu kekurangan warna sel darah merah. Ini boleh disaksikan pada kes penderita anemia. 
4. Target cells menunjukkan kekurangan haemoglobin dan gangguan mekanisme produksi darah.
5. Schisocytes (sel-sel darah pecah)
6. Acathocytes (sel-sel berduri)
7. Spherocytes (sel-sel darah merah berbentuk bola)
8. Teardrop cells (sel-sel darah merah yang berbentuk tetesan air mata)

Tuesday 11 February 2014

Merawat gannguan makhluk halus/sihir (non-medis)

Pusat Rawatan Al-Ihsan ada menyediakan rawatan gangguan makhluk halus/sihir bagi yang bermasalah. Sila buat appointment sebelum datang.


Monday 10 February 2014

TOXIN YANG TERKUMPUL DALAM BADAN ADALAH PUNCA UTAMA KEPADA PENYAKIT, BUKANNYA KUMAN.

TOXIN YANG TERKUMPUL DALAM BADAN ADALAH PUNCA UTAMA KEPADA PENYAKIT, BUKANNYA KUMAN.

Bakteria dan patogen hanya akan menjejaskan kesihatan kita jika terlalu banyak toksin di dalam tubuh kita. Hal itu menyebabkan badan lemah dan kurangnya daya tahan.

Walaupun setelah dicuci, dikupas dan dibuang bijinya, tidak semua racun dan bahan-bahan kimia dapat dihilangkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang bukan organik. (USDA, US Department of Agriculture).

Adalah dianggarkan bahawa setiap tahun terdapat 3.5 - 5.0 juta orang di seluruh dunia menderita akibat daripada pendedahan racun serangga yang berlebihan. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

Purata seorang rakyat Malaysia mempunyai antara 5 - 114 kali ganda racun makhluk perosak dalam darah berbanding seorang warga Amerika. (Persatuan Pengguna Penang, Malaysia)

Kredit: Primedicare.com

BEKAM DARAH (AL-HIJAMA): Satu cara rawatan yang dapat menyedut keluar toksin (racun), darah kotor, angin berlebihan & darah berpenyakit dari tubuh badan seseorang. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW; "Berbekamlah! Kerana padanya ada penyembuhan".

Saturday 8 February 2014

Masalah angin di kepala sering mengganggu prestasi kerja? Jom bekam


Masalah angin di kepala sering mengganggu prestasi kerja? Jom bekam.

Pesakit ini mengalami masalah angin dalam badan yang kritikal. Cuba lihat cup. Penuh dengan angin yang menyebabkan sakit kepala dan bahu beliau selama ini. Selepas rawatan beliau merasa lega, saki kepala hilang dan badan menjadi ringan. Kepada yang menderita sakit angin di kepala datanglah membuat rawatan bekam di pusat rawatan kami. Moga2 dengan sedikit usaha rawatan penyakit anda sembuh.

Monday 20 January 2014

Rawatan Alternatif Migrain-Terapi Prana Elektrik

Selain bekam pusat ini ada menyediakan terapi prana elektrik iaitu terapi yang mengalirkan tenaga elektrik ke badan pesakit.

Seorang pesakit migrain yang mendapatkan rawatan migrain dengan kaedah prana elektrik. Rawatan dijalankan selama 3 kali dan hasilnya pesakit sembuh dari migrain sepenuhnya.

Sunday 19 January 2014

Kos Rawatan Hemodialisis vs Kos Rawatan Bekam kami

Anggaran kos rawatan bulanan hemodialysis:

1. Rawatan hemodialysis RM200.00 perdialysis x12 = RM2400/bulan
2. Suntikan EPO RM80.00/suntikkan x 8 = RM640.00/bulan
3. Ubatan lain (Iberet Folate, Calcium, Adalat LA) = RM250.00/bulan


Jumlah sebulan = RM3290.
Bekam sebulan =RM50 je. Mana untung?

Friday 17 January 2014

BEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI PENYAKIT BUAH PINGGANG



Sakit buah pinggang semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini,ia berpunca dari sikap orang Malaysia yang kerap mengambil ubatan klinikal pada dosage yang tinggi dengan jangkamasa yang panjang.Bila terlalu banyak ubatan klinikal berada pada sistem aliran darah,ia akan meningkatkan risiko sangkutnya bahan kimia tersebut pada sistem buah pinggang dan akan mengakibatkan kerosakan pada jangka masa yang panjang.Kaedah berbekam/al hijamah pula bertindak menyedut toksid/toksin/bahan kimia ubatan dari sistem darah badan dan hasilnya kita akan dihindari terkena penyakit buah pinggang kerana aliran sistem darah pada badan kita sentiasa bersih tanpa pencemaran ubatan klinikal apabila melalui proses filter di buah pinggang.

Friday 10 January 2014

Selamat Hari Maulidur Rasul


Sempena menyambut hari Maulidur Rasul 1435H, ambil peluang untuk menjalankan sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu berbekam. Setiap amalan sunnah yang dijalankan sempena hari ini moga2 dapat beroleh pahala berlipat ganda di samping dapat menghindar/mengubati penyakit yang mendiami tubuh badan kita. 
SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL 1435H.

Tuesday 7 January 2014

Apakah strok?

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Monday 30 December 2013

MERAWAT PENYAKIT GOUT DENGAN BEKAM


Penyakit GOUT timbul kerana banyaknya “asid uric” di dalam badan , atau buah pinggang tidak mampu membuang purin.Purin ialah sejenis protein di dalam badan dan ianya mengeluarkan asid uric sebagai bahan kumuhnya. Badan akan mengeluarkan purin melalui buah pinggang. Tanda tanda gout ialah munculnya rasa sakit di bagian tubuh terutama di kaki dan bagian jari-jari tangan. Jika asid uric sangat tinggi (Hyperuricemia) maka akan munculnya benjolan pada telapak tangan dan telapak kaki. Pesakit gout harus mengelakkan dari mengambil makanan kekacang dan makanan laut, minuman beralkohol dan harus memperbanyakkan minum air kosong. Point point bekam untuk merawat gout ialah tengkuk, bahu, pinggang,kaki dan tangan.

Monday 16 December 2013

PROMOSI!!! PROMOSI BEKAM MURAH

Promosi bekam 
overhaul satu badan RM50

SAH HINGGA  6 Mac 2014


Cepat jangan lepaskan peluang. Minyak naik, Letrik naik, tol naik, 


BEKAM KAMI TURUNKAN HARGA!!!! 

Ayuh tak perlu stress-stress, segeralah berbekam!!! Badan sihat, pahala dapat, produktiviti meningkat.


Sebarang appointment sila hubungi:

En Shukri - 013-3131091 

 
WhatsApp/ Line/ Wechat: 010-2756872
Hari Jumaat Buka 
Boleh buat appointment lepas waktu kerja atau malam


Pusat Rawatan Alternatif Al Ihsan 

(nama sebelumnya Pusat Rawatan Prana Elektrik)

Lot 4308-B Rumah Kedai Surau Al Ehsan,
Jalan E3/4, Taman Ehsan Kepong,
Kuala Lumpur.

Cara cari dengan Google map:

Taip keyword Surau Taman Ehsan.

 

 

 



Terapi Bekam Menghilangkan Masalah Jerawat / Acne


Bekam melancarkan sistem peredaran darah, menjadikan metabolisme tubuh meningkat. Oleh kerana metabolisme meningkat, sistem hormon yang menyebabkan punca minyak berlebihan di wajah akan menjadi seimbang. Minyak berlebihan di wajah dapat dikawal dan menjadikan wajah lebih bersih dan tidak mudah diserang bakteria punca jerawat.
Di samping itu juga berkemampuan untuk  merangsang antibodi di dalam tubuh badan untuk membunuh kuman-kuman yang ada pada jerawat.
Pembekaman juga merangsang penghasilan hormon regenerasi sel (penghasilan sel-sel baru), menolong memperbaiki dan memulihkan sel-sel jaringan kulit yang rosak akibat jerawat & parut jerawat.

 Kekerapan rawatan Terapi Bekam:  3X SESI PADA SETIAP SEMINGGU sehingga masalah jerawat pulih.

Cara ini dapat menghilangkan masalah jerawat dengan selamat, tanpa kesan sampingan dan efektif. Anda kini boleh tampil berkeyakinan tinggi dan bergaul tanpa rasa malu dengan rakan-rakan atau dengan yang dikasihi. Kepercayaan diri yang tinggi akan membuat anda diterima dalam pergaulan, dunia pekerjaan atau dengan orang-orang tercinta.