Friday 3 July 2015

PELUANG DENGAN MENGIKUTI KURSUS DAN LATIHAN PRAKTIKAL AKUNPUTUR

Sila klik untuk membesarkan gambar iklan di bawah

Kursus ini di kendalikan oleh Doktor Perubatan Bertauliah yang juga merupakan seorang yang layak dan di ikhtiraf kepakaran nya dalam bidang Akupuntur juga Bekam

Kursus akan di jalankan di dewan latihan di Rumah Sakit Mitra Tegal Jawa Tengah

Kepada yang berminat sila buat pengesahan penyertaan segera  dan akan menjimatkan pembelian tiket pesawat   dengan membeli tiket lebih awal

kepada yang berminat sila hubungi atau whatsapp di 013 3131091 (shukri)


Kursus Perubatan Akupuntur


Friday 27 February 2015

BEKAM SINERGI

BEKAM SINERGI MENGGABUNGKAN RAHSIA SINERGI PENGUBATAN SUNNAH, PERUBATAN MODEN, DAN TRADITIONAL CHINESE MEDICINE.

Thursday 26 February 2015

Untuk maklumat terkini sila layari bekamkl.blogspot.com atau hubungi & whatsapp ke +60133131091.


BEKAM SINERGI



TERAPI BEKAM

Pengalaman peribadi penulis  bersama pesakit

Biodata penulis dalam bidang bekam 

Penulis telah menjalani pelbagai jenis latihan kaedah bekam samada secara Bekam Kuno, Bekam Sunnah yang di sebut bekam Hijamah , juga Bekam Senergi. 

Memiliki sijil latihan Bekam Sinergi di peringkat Advance. 
Mendapat bimbingan langsung dari Dr Ahmad Ali Ridho iaitu seorang doctor pakar perubatan juga pengamal terapi bekam. Ahli akupuntur yang bertauliah juga seorang herbalis.  

Mempelajari TCM untuk basic Akupuntur, Moxa juga Gua Sha 

Sebelum  melakukan bekam saya sering nya mengadakan sedikit perbincangan awal dengan pesakit. Ini di antara perkara yang di utarakan oleh pesakit.

 Pening dan binggung bila bercakap pasal bekam sekarang. Terlalu banyak bekam yang ada jadi yang mana satu yang betul nya. Saya terdiam sejenak, dan saya hanya tersenyum tanpa memberi  apa apa jawapan terhadap pertanyaan beliau . Seterusnya pesakit  saya berkata pada saya “saya ni nak berbekam dengan semaksimum cup yang boleh “.  Saya bertanya kenapa nak semaksimum yang boleh. Kata beliau tempat lain mengenakan bayaran berdasarkan jumlah cup sedangkan encik tidak kerana encik kenakan satu bayaran saja. Saya tetap tersenyum  kerana melihat pesakit  ini ada lagi perkara yang nak di perkatakan. Saya juga nak bekam kepala kerana encik boleh bekam kepala tanpa cukur rambut. Oh gitu dan apalagi yang tuan nak sampaikan. Itu saja kata beliau.

Saya ingin bertanya beberapa perkara kepada tuan sebelum saya buat bekam. Apa masaalah sakit yang tuan alami dan apa  rawatan yang tuan lakukan.  Badan tuan terasa panas atau sejuk.  Adakah terasa panas di dalam dan sejuk di luar atau atau terasa sejuk di dalam dan juga di luar.
Sepanjang saya berbekam tidak ada jurubekam yang bertanya kepada saya  semua ini. Kenapa encik nak tau semua ini.

Dipenulisan ini saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang wajar di fahami  oleh semua orang yang ingin berbekam.

Pertama harus semua orang fahami bahawa jurubekam itu adalah cuma seorang ahli therapy untuk penyembuhan dan orang yang ingin dibekam itu adalah orang yang  ingin diterapi.  Jadi sebagai orang yang ingin di terapi kedatangan beliau ke jurubekam itu samada beliau sakit atau beliau ingin meningkatkan tahap kesihatan.

Kedua  Juruterapi  sering nya lebih memahami apa yang ingin di lakukan.  Jadi orang yang ingin di terapi harus akur dengan bentuk terapi yang akan di lakukan, jumlah cup yang akan digunakan.

Ketiga  Juruterapi itu sendiri harus sangat terlatih dan memahami suasana  kerana tidak semua  orang yang  akan di terapi itu menggunakan kaedah bekam basah(bekam darah) sahaja. Ertinya juruterapi bekam harus menguasi bekam basah , bekam angin, juga bekam api. Saya sendiri walaupun sudah melakukan latihan dan memiliki sijil Bekam Sinergi di peringkat Advance merasakan banyak lagi yang harus saya pelajari.

Keempat  Saya berpendapat bekam bukan sebuah ilmu kedoktoran yang dapat membahaskan tentang etiologi(penyebab penyakit) juga pathogenesis (perjalanan terbentoknya penyakit), bagaimana mendiagnos penyakit,  jadi bekam harus di senergikan dengan kaedah lain seperti  kaedah TCM( Tradisional  Chinese medicine) juga kaedah kedoktoran barat.

Sekiranya keempat perkara itu benar benar di fahami samada oleh juruterapi bekam atau pesakit yang ingin di terapi salah persepsi seharus nya tidak lagi timbul.

Tidak akan terjadi orang ingin di terapi yang menantukan jumlah cup yang beliau inginkan. Tidak akan terjadi orang yang ingin di terapi menentukan bentuk bekam apa yang harus mereka jalani.

Lebih malang lagi bilamana pesakit yang ingin di terapi bekam membuat kesimpulan jumlah penggunaan cup yang menentukan keberkesanan terapi atau dalam bahasa mudah nya lebih banyak cup akan lebih menyihatkan. Itu salah sama sekali

………… bersambung.  Penulisan akan datang akan membincangkan kaedah mendiagnos  penyakit berdasarkan TCM bagi menentukan kaedah bekam apa yang paling sesuai untuk menterapi bekam.
  
  

Thursday 13 November 2014


Jangan biarkan kaki kita di penuhi toksik
Berbekam adalah jalan terbaik untuk membuang toksik di kaki kita