Showing posts with label bekam angin. Show all posts
Showing posts with label bekam angin. Show all posts

Monday 7 April 2014

DIY - teh jintan manis untuk melegakan angin asid

Bagi yang selalu angin satu badan tu elok cuba resepi di bawah.
  
bahan2: jintan manis, cuka epal, madu & air.
 

Cara penyediaan teh jintan manis :-

  • masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
  • masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi.
  • rebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
  • setelah suam, tapis & tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima. - tambah madu untuk rasa masam-masam manis.
  • kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch & dinner).
  • jika u all rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan anda!!!)
  • cubalah secawan teh jintan manis hari ini. jika diamalkan berterusan, anda akan merasa fadhilat & kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dalam badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yag membersih darah, buah pinggang, paru-paru & limpa.

Mencari tempat bekam? Datanglah ke Pusat Rawatan Al Ihsan, kepong.

 Mencari tempat bekam? Datanglah ke Pusat Rawatan Al Ihsan, kepong. Call 013-3131091 untuk appointment.






Thursday 6 March 2014

Kadar overhaul bekam mulai 07/02/2014

Kadar bekam overhaul mulai 07/02/2014


Kali pertama datang
-rm75 + free produk Ikhsan Marketing, minyak massage/multipurpose yang mengandungi seribu satu khasiat menyembuhkan penyakit.



Kali kedua datang
-rm50 sama macam promosi.

Bekam yang dijalankan adalah berdasarkan penyakit yang dihidapi pesakit, jadi bilangan cup tu mmg tak kisah, sebab tujuan utama bekam adalah untuk menyembuhkan dan menjalankan sunnah. Servis yang diberi memang terbaik, kebanyakan yang berbekam memang rasa tak sakit langsung, selesa dan hampir semua yang customer yang mempunyai sakit kronik seperti masalah angin, masalah gout, masalah migrain, masalah gangguan makhluk halus dan lain-lain lagi telah sembuh.

100% pergantungan penuh pada Allah melalui teknik bekam yang betul, minyak daripada ramuan yang terbaik (dibuat sendiri) dan tiada sebarang campur tangan unsur -unsur lain seperti jin, khadam atau syaitan seperti sesetengah orang.












Wednesday 12 February 2014

Kebaikan bekam kepala

Beberapa kebaikan bekam kepala, diantaranya :

Untuk Penyakit Migrain
Untuk Penyembuhan Penyakit Stroke
Penyembuhan penyakit pening kepala
 Menormalkan hipertensi / darah tinggi
Penyembuhan Vertigo
Penyembuhan Parkinson
Mengubati gangguan sihir
Membantu mengubati jerawat
Mengubati Sakit Gigi
Mengubati masalah pada penglihatan (mata)
Mengubati masalah pada pendengaran (telinga)
Mengubati masalah pada (hidung)
Mencerdaskan otak dan menguatkan
ingatan

Saturday 8 February 2014

Masalah angin di kepala sering mengganggu prestasi kerja? Jom bekam


Masalah angin di kepala sering mengganggu prestasi kerja? Jom bekam.

Pesakit ini mengalami masalah angin dalam badan yang kritikal. Cuba lihat cup. Penuh dengan angin yang menyebabkan sakit kepala dan bahu beliau selama ini. Selepas rawatan beliau merasa lega, saki kepala hilang dan badan menjadi ringan. Kepada yang menderita sakit angin di kepala datanglah membuat rawatan bekam di pusat rawatan kami. Moga2 dengan sedikit usaha rawatan penyakit anda sembuh.

Thursday 6 February 2014

Gambar customer yang datang sekitar minggu ini


Gambar-gambar customer yang datang sekitar minggu ini .

Sakit gout dan masalah angin dalam badan. Alhamdulillah, Setelah setelah berbekam sakit ghout dan angin ini beransur sembuh.