"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada
jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa
jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru)
mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan
memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang
yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat
harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak
kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi
Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga
keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu
dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah
mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua
lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu
lakukan."
An-Nisaa' - ayat 94