Tuesday, 8 April 2014

Rezeki ? Yakin pada Allah sahaja.

Kadang2 ramai bertanya, pusat rawatan ni tak sampai setahun buka, iklan pun tak beriya mana pun. Update blog pun kalau rajin je, tapi apesal ada customer ye?

Senang je jawapannya " Yakin rezeki itu adalah daripada Allah . Niat dan bersyukur tu yang penting. Servis mesti bagi yang terbaik.

Ada orang, iklan beriya2 itu ini, fb itu ini, tak cukup tu pulak google ad le pulak. Tapi rezeki yang dapat asyik mengeluh tak cukup, sampai sudah tak akan cukup2. Dan rajin2lah sedekah. Mudah sahaja cara marketing kami".

Monday, 7 April 2014

DIY - teh jintan manis untuk melegakan angin asid

Bagi yang selalu angin satu badan tu elok cuba resepi di bawah.
  
bahan2: jintan manis, cuka epal, madu & air.
 

Cara penyediaan teh jintan manis :-

  • masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
  • masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi.
  • rebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
  • setelah suam, tapis & tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima. - tambah madu untuk rasa masam-masam manis.
  • kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch & dinner).
  • jika u all rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan anda!!!)
  • cubalah secawan teh jintan manis hari ini. jika diamalkan berterusan, anda akan merasa fadhilat & kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dalam badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yag membersih darah, buah pinggang, paru-paru & limpa.

Mencari tempat bekam? Datanglah ke Pusat Rawatan Al Ihsan, kepong.

 Mencari tempat bekam? Datanglah ke Pusat Rawatan Al Ihsan, kepong. Call 013-3131091 untuk appointment.






Sunday, 6 April 2014

Testimoni terapi elektrik: Sakit lumpuh boleh berjalan kembali.

Puan Zaharah bt. Long, 54 telah menderita lumpuh selama 3 tahun. Menjalani terapi elektrik selama 5 kali di pusat rawatan Al-Ikhsan. Sekarang sudah bpleh berjalan.

SAKIT HANYA SEBAGAI SIGNAL DARI ALLAH

Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.


Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Sunday, 30 March 2014

Bekam merawat saluran darah ke jantung tersumbat

Rata-rata ramai penduduk malaysia yang mengalami masalah sakit jantung. Sebahagian besar berpunca daripada saluran darah ke jantung yang tersumbat.

InsyaAllah dengan kepakaran yang ada kami boleh menyelesaikan masalah anda dengan izin Allah, sembuh.
Bagi yang mengalami masalah di atas datanglah berbekam dengan kami.

Friday, 28 March 2014

Info Resdung

APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser    di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.