Sila klik untuk membesarkan gambar iklan di bawah
Kursus ini di kendalikan oleh Doktor Perubatan Bertauliah yang juga merupakan seorang yang layak dan di ikhtiraf kepakaran nya dalam bidang Akupuntur juga Bekam
Kursus akan di jalankan di dewan latihan di Rumah Sakit Mitra Tegal Jawa Tengah
Kepada yang berminat sila buat pengesahan penyertaan segera dan akan menjimatkan pembelian tiket pesawat dengan membeli tiket lebih awal
kepada yang berminat sila hubungi atau whatsapp di 013 3131091 (shukri)
Friday, 3 July 2015
Sunday, 15 March 2015
Friday, 27 February 2015
BEKAM SINERGI
BEKAM SINERGI MENGGABUNGKAN RAHSIA SINERGI PENGUBATAN SUNNAH, PERUBATAN MODEN, DAN TRADITIONAL CHINESE MEDICINE.
Thursday, 26 February 2015
BEKAM SINERGI
TERAPI BEKAM
Pengalaman peribadi penulis bersama pesakit
Biodata penulis dalam
bidang bekam
Penulis telah menjalani pelbagai jenis latihan kaedah bekam
samada secara Bekam Kuno, Bekam Sunnah yang di sebut bekam Hijamah , juga Bekam Senergi.
Memiliki sijil latihan Bekam Sinergi di peringkat
Advance.
Mendapat bimbingan langsung dari Dr Ahmad Ali Ridho iaitu seorang doctor
pakar perubatan juga pengamal terapi bekam. Ahli akupuntur yang bertauliah juga
seorang herbalis.
Mempelajari TCM untuk basic Akupuntur, Moxa juga Gua Sha
Sebelum melakukan
bekam saya sering nya mengadakan sedikit perbincangan awal dengan pesakit. Ini di
antara perkara yang di utarakan oleh pesakit.
Pening dan binggung
bila bercakap pasal bekam sekarang. Terlalu banyak bekam yang ada jadi yang
mana satu yang betul nya. Saya terdiam sejenak, dan saya hanya tersenyum tanpa memberi
apa apa jawapan terhadap pertanyaan
beliau . Seterusnya pesakit saya berkata
pada saya “saya ni nak berbekam dengan semaksimum cup yang boleh “. Saya bertanya kenapa nak semaksimum yang
boleh. Kata beliau tempat lain mengenakan bayaran berdasarkan jumlah cup
sedangkan encik tidak kerana encik kenakan satu bayaran saja. Saya tetap
tersenyum kerana melihat pesakit ini ada lagi perkara yang nak di perkatakan.
Saya juga nak bekam kepala kerana encik boleh bekam kepala tanpa cukur rambut.
Oh gitu dan apalagi yang tuan nak sampaikan. Itu saja kata beliau.
Saya ingin bertanya beberapa perkara kepada tuan sebelum
saya buat bekam. Apa masaalah sakit yang tuan alami dan apa rawatan yang tuan lakukan. Badan tuan terasa panas atau sejuk. Adakah terasa panas di dalam dan sejuk di luar
atau atau terasa sejuk di dalam dan juga di luar.
Sepanjang saya berbekam tidak ada jurubekam yang bertanya
kepada saya semua ini. Kenapa encik nak
tau semua ini.
Dipenulisan ini saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang
wajar di fahami oleh semua orang yang
ingin berbekam.
Pertama harus
semua orang fahami bahawa jurubekam itu adalah cuma seorang ahli therapy untuk
penyembuhan dan orang yang ingin dibekam itu adalah orang yang ingin diterapi. Jadi sebagai orang yang ingin di terapi
kedatangan beliau ke jurubekam itu samada beliau sakit atau beliau ingin
meningkatkan tahap kesihatan.
Kedua Juruterapi sering nya lebih memahami apa yang ingin di
lakukan. Jadi orang yang ingin di terapi
harus akur dengan bentuk terapi yang akan di lakukan, jumlah cup yang akan digunakan.
Ketiga Juruterapi itu sendiri harus sangat
terlatih dan memahami suasana kerana
tidak semua orang yang akan di terapi itu menggunakan kaedah bekam
basah(bekam darah) sahaja. Ertinya juruterapi bekam harus menguasi bekam basah
, bekam angin, juga bekam api. Saya sendiri walaupun sudah melakukan latihan
dan memiliki sijil Bekam Sinergi di peringkat Advance merasakan banyak lagi
yang harus saya pelajari.
Keempat Saya berpendapat bekam bukan sebuah ilmu
kedoktoran yang dapat membahaskan tentang etiologi(penyebab penyakit) juga
pathogenesis (perjalanan terbentoknya penyakit), bagaimana mendiagnos penyakit,
jadi bekam harus di senergikan dengan
kaedah lain seperti kaedah TCM( Tradisional Chinese medicine) juga kaedah kedoktoran
barat.
Sekiranya keempat perkara itu benar benar di fahami samada
oleh juruterapi bekam atau pesakit yang ingin di terapi salah persepsi seharus
nya tidak lagi timbul.
Tidak akan terjadi orang ingin di terapi yang menantukan
jumlah cup yang beliau inginkan. Tidak akan terjadi orang yang ingin di terapi
menentukan bentuk bekam apa yang harus mereka jalani.
Lebih malang lagi bilamana pesakit yang ingin di terapi
bekam membuat kesimpulan jumlah penggunaan cup yang menentukan keberkesanan
terapi atau dalam bahasa mudah nya lebih banyak cup akan lebih menyihatkan. Itu
salah sama sekali
………… bersambung. Penulisan
akan datang akan membincangkan kaedah mendiagnos penyakit berdasarkan TCM bagi menentukan
kaedah bekam apa yang paling sesuai untuk menterapi bekam.
Thursday, 13 November 2014
Wednesday, 29 October 2014
Kursus Asas Bekam
Kursus Asas Bekam Anjuran Persatuan Homestay Malaysia dan Pejabat Pelancongan Negeri Pahang
telah di adakan di Homestay Desa Murni Temerloh Pahang pada 27-28 Okt 2014.
Diantara gambar aktiviti peserta kursus
Lagi gambar latihan amali peserta
Peserta Dapat melakukan latihan dengan baik
lagi gambar aktiviti latihan amali peserta

Thursday, 16 October 2014
Perkongsian Pengalaman dan pengatahuan
Gambar 2 contoh darah dari kaki kanan
Gambar 3 contoh darah dari kaki kiri
Manakala di bahagian kaki yang kebas di dapati darah yang keluar hanya sedikit tetapi buih angin yang banyak keluar.
Cuba perhatikan betul betul pada gambar tiga di dapati ditengah tengah ketulan darah kotor itu terdapat buih buih angin manakala gambar dua jelas cuma ketulan darah kotor sahaja.
Saya terlupa mengambil gambar selepas tiga kali rawatan ia itu di mana kaki kiri pesakit sudah tidak kebas. Didapati darah yang keluar adalah seimbang dan tidak ada buih buih halus dalam ketulan darah lagi.
Pada rawatan kali yang ketiga pesakit datang dalam keadaan kedua kakinya sudah tidak kebas lagi.
Berapa lama tempoh rawatan. Saya lakukan tiga kali bekam penyakit ini dalam masa sebulan.
Berapa kos rawatan yang saya kenakan. Sila hubungi saya di 010 2756872 atau 013 3131091.
semoga ini satu perkongsian yang bermanafaat
Tuesday, 14 October 2014
Wednesday, 10 September 2014
Sunday, 15 June 2014
Friday, 30 May 2014
An-Nisaa' - ayat 94
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada
jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa
jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru)
mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan
memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang
yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat
harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak
kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi
Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga
keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu
dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah
mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua
lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu
lakukan."
An-Nisaa' - ayat 94
An-Nisaa' - ayat 94
Tuesday, 27 May 2014
Kursus Bekam Al-Ikhsan
Ingin menyertai kursus bekam, sila call 013-3131091, tanya detail semua.
Setiap sesi 2 orang. Peserta akan buat praktikal terus.
Kursus bekam kami tak serupa dengan kursus biasa. Ilmu bekam yang susah nak jumpa.
Kalau bekam memang tak sakit. Kalau berbekam dengan kami pesakit 90% mmg sembuh (dengan izin Allah juga). Tanyalah apa sahaja pada tok guru yang arif.
P/S: nak berguru biar dengan orang berilmu bukan orang yang tau nak duit ajer.

Labels:
kursus bekam
Saturday, 17 May 2014
Pengedar diperlukan- Produk Skreys
Pusat Rawatan Ihksan telah mula mengeluarkan produk kesihatan sendiri.
Untuk mendapat keterangan lanjut sila hubungi kami di no 013-3131091.
Antara produk yang kami keluarkan ialah enzyme dari buah buahan dan sayuran. Selain itu kami juga mengeluarkan pelbagai minyak untuk berbagai guna yang mempunyai unsur penyembuhan juga spritual.

Wednesday, 23 April 2014
Peristiwa Agung Bulan Rejab - Israk dan Mikraj - 27 Rejab - Bahagian 1
Marilah kita sama-sama
memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu
peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad SAW.
Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menunggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu ialah:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu.
Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Wednesday, 16 April 2014
Kesilapan jurubekam wanita menyebabkan pelanggan lumpuh.
Seorang pelanggan wanita - mengalami lumpuh setelah mendapat rawatan bekam di salah sebuah pusat bekam di shah alam. Jurubekam wanita itu tidak mengetahui selok belok bekam sepenuhnya, membekam pada tempat saraf yang tidak sepatutnya dan menyebabkan beliau lumpuh.
Sekarang beliau dalam proses mendapatkan terapi elektrik untuk menyembuhkan sakit lumpuh beliau. Kepada pelanggan yang ingin berbekam berhati2 lah. Pusat rawatan bekam banyak dibuka hari, ada yang betul2 nak merawat, di samping itu ada yang mengaut untung semata2. Kepada jurubekam tingkatkan ilmu yang ada, bukan fikir duit saja. Nasib baik tak disaman pelanggan tersebut, walaupun memang dah boleh saman.

Saturday, 12 April 2014
bekam tanpa cukur kepala kini di pusat rawatan al ihsan
Sesiapa yg nk bekam tanpa cukur kepala kini ada disediakan di pusat rawatan kami.
Tak perlu cukur rambut pun boleh bekam, call 013-3131091 utk appointment.
Tak perlu cukur rambut pun boleh bekam, call 013-3131091 utk appointment.
bekam muka untuk sakit resdung
Hari ini ada pelanggan yang nak bekam muka kerana sakit resdung. Ingatkan sakit, tapi tak rasa apa pun katanya. Moga2 sakit resdung beliau sembuh.
Subscribe to:
Comments (Atom)